Kenapa Perlu Membuat Bayaran Premium Secara Tahunan Lebih Berbaloi Untuk Anda?
Didalam industri Takaful, anda boleh membuat pilihan samada untuk membuat bayaran premium secara bulanan dan juga tahunan. Sebagai contoh, jika contribution anda setiap bulan untuk polisi medical card adalah RM 150 sebulan. Jika anda ingin membuat bayaran tahunan pula adalah RM 1800 setahun.Namun melalui post kali ini, saya akan kongsikan apakah kebaikan untuk anda membuat bayaran premium secara tahunan:
1. Polisi Tidak Lapse
Ini adalah masalah yang biasa dialami oleh pelanggan-pelanggan saya iaitu apabila polisi mereka tidak dibayar selama beberapa bulan, polisi mereka itu akan lapse. Masalah utama akan timbul apabila mereka ingin membuat tuntutan kad medik @ perlindungan, pihak syarikat tidak dapat memenuhi keperluan mereka kerana polisi mereka telah lapse.
Kebanyakkan pelanggan saya bukannya tidak mampu untuk membuat pembayaran, tetapi mereka samada tidak sempat untuk membuat pembayaran @ mereka terlupa untuk membuat pembayaran bulanan mereka.
Oleh itu, cara yang paling selamat untuk anda menikmati kad medik anda adalah dengan membuat pembayaran tahunan tanpa perlu memikirkan masalah polisi lapse dsb.
2. Budget Dapat Dikawal
Kadang-kadang, timbul beberapa peristiwa apabila kita tidak dapat mengawal kewangan kita seperti keperluan hari perayaan, musibah tanpa dapat dielak seperti banjir, budget keperluan sekolah anak dan sebagainya.
Dan apabila kita memerlukan budget yang lebih tinggi pada bulan-bulan tertentu, kita sememangnya terpaksa melupakan budget bulanan anda. Dan antara budget bulanan yang terpaksa diketepikan oleh kebanyakan pelanggan saya adalah polisi Takaful mereka.
Dan apabila masalah ini timbul, maka polisi mereka mula lapse dan ini akan menyukarkan mereka kemudian hari.
3. Tak Perlu Bersusah Payah Untuk Membuat Pembayaran
Sememanya agak susah untuk kebanyakkan pelanggan saya untuk membuat pembayaran jika mereka membuat pembayaran secara manual di pejabat Great Eastern untuk membuat pembayaran bulanan. Masalah ini tidak akan timbul jika anda membuat pemabayaran secara automatik melalui kad kredit @ auto debit.
Anda terpaksa mencari masa untuk membuat pembayaran di pejabat kami dan anda juga terpaksa menunggu di kaunter untuk membuat pembayaran.
Jika anda membuat pembayaran untuk setahun, anda hanya perlu mengambil masa 1 kali sahaja setahun dan masa anda juga tidak terbuang.
No comments:
Post a Comment