MASA DEPAN ANDA DI TANGAN ANDA

Monday, 10 March 2014

Kenapa perlindungan Takaful penting dalam kehidupan anda?

Hakikat Kehidupan Sebelum Menyertai Perlindungan Takaful

Apabila kita menempuh kehidupan didunia ini, kita akan menempuh pelbagai dugaan dan perkara yang tidak diduga setiap masa. Tidak semua perkara yang dirancang akan dicapai dan tidak kesemuanya menepati ramalan kita.
Kita tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada kita esok hari dan bagaimanakah kita dapat mengelakkan sebarang musibah yang bakal berlaku kepada kita.


Sememangnya kita tidak dapat menolak takdir dari Allah dan sebagai seorang Muslim, kita wajib meredai segala Qada’ dan Qadar dari Allah S.W.T. Namun, jika kita membuat persediaan yang teliti, kita boleh menyediakan perlindungan terbaik untuk menghadapi segala cubaan yang bakal menimpa kita.
Sebab itulah, setiap orang Muslim diwajibkan untuk mempunnyai pelan pelindungan Takaful bagi melindungi diri dan keluarga kita apabila berlaku musibah yang tidak diduga.
Didalam post kali ini, saya ingin berkongsi satu hakikat yang perlu dilalui oleh setiap insan tidak kita siapa diri anda. 3 hakikat kehidupan ini adalah satu perjalanan lumrah yang akan dilalui oleh kita apabila tiba masanya nanti. Berikut adalah penerangan ringkas dari saya:

1. Tua/Bersara
Jika anda bekerja sebagai seorang “Government Servant” @ “Business Owner”, anda akan melalui satu tahap dimana anda akan bersara dari pekerjaan anda itu.
Sebagai contoh, anda meletakkan untuk bersara pada umur 55 tahun. Didalam kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, “average” umur rakyat Malaysia adalah 65 tahun bagi lelaki dan 68 tahun bagi perempuan.
Sebagai contoh apabila bersara, kita memerlukan RM 7000 setahun untuk meneruskan kehidupan. Cuba kita tolak umur kita dari pencen sehingga “average” umur rakyat Malaysia. Jadi kita memerlukan simpanan untuk 10 tahun jarak umur kita itu ataupun sebanyak RM 70,000.
Bayangkan: Adakah kita mempunyai simpanan sebanyak itu? Segala duit pencen serta duit KWSP kita mungkin diperlukan untuk membayar hutang-hutang tertunggak, membayar bil pengajian anak, kos rawatan disebabkan umur yang meningkat dan sebagainya.
Jadi, apakah tindakan kita apabila kita tiada simpanan ini?
a) Terpaksa bekerja semula / buka bisnis
b) Harap bantuan saudara mara / kenalan / orang ramai
c) Dihantar kerumah orang tua
Adakah ini yang kita inginkan untuk diri kita apabila kita bersara kelak? Adakah kita sanggup untuk menyusahkan ahli keluarga, anak-anak @ kenalan kita disebabkan oleh keengganan kita untuk mula menyimpan mengambil perlindungan takaful dari sekarang? Tepuk dada, tanya iman….

2. Lupa Bernafas (Meninggal awal)
Apakah tanggungjawab kita semasa hidup?
a) Menyara keluarga
b) Membiayai pendidikan dan keperluan anak
c) Memberikan rumah untuk keluarga
d) Membayar hutang-hutang
Oleh itu, apakah yang kita sediakan untuk ahli keluarga kita apabila berlaku musibah kepada kita? Adakah hutang-hutang @pampasan yang mencukupi untuk mereka meneruskan hidup?
Kita perlu menyediakan keperluan keluarga kita selama 1 tahun jika musibah menimpa kita. Adakah kita sudah menyediakan wang tersebut?
Kita tidak tahu bilakah waktunya malaikat maut akan mencabut nyawa kita. Namun jika kita mula menyimpan sekarang dengan perlindungan Takaful, kita akan mendapat pampasan yang banyak untuk ditinggalkan kepada ahli keluarga kita walaupun kita baru mula menyimpan.

3. Cacat anggota badan/lumpuh
Kini apabila seseorang berumur 40 tahun keatas, mereka akan mula ditimpa pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan sebagainya.
Apabila penyakit-penyakit ini tiba kita bukan sahaja akan menyusahkan diri kita sendiri malah kita juga akan menyusahkan ahli keluarga kita kerana terpaksa menanggung kos rawatan yang sangat tinggi.
Hari demi hari keluarga kita terpaksa mencari wang mencukupi bagi menampung kos rawatan hospital dan kos pengurusan diri kita.
Adakah ini yang kita ingin tinggalkan kepada orang yang kita SAYANG?? Adakah kita tidak sanggup untuk berkorban sebahagian kecil dari gaji kita pada masa kini bagi meringankan beban yang bakal keluarga kita tanggung?
“Jika kita rasa bahawa kita tidak mampu untuk membuat segalanya untuk keluarga kita. Jangan tinggal kesemuanya. Buatlah sebahagian”


Jadi, apakah penyelesaiannya perlindungan takaful yang disediakan oleh Great Eastern Takaful?

iGreat DamaiMedical Card, Pelaburan dan Pampasan

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pakej ini melalui link diatas.
Bayangkan: Apabila berlaku musibah kepada anda seperti lumpuh, anda bukan sahaja akan mendapat kembali duit  pelaburan anda. Anda juga akan mendapat faedah pampasan yang tinggi beserta faedah medical card bagi menampung kos rawatan anda yang tinggi dari perlindungan takaful ini.
Tindakan bijak anda pada masa kini bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, anda juga tidak perlu lagi bergantung kepada orang lain bagi membantu anda.
“Bangsa lain meninggalkan kekayaan kepada ahli keluarga apabila mereka meninggal dunia. Bangsa kita meninggalkan hutang-hutang kepada ahli keluarga kita apabila meninggal dunia”.

Fikir-fikirkan….

No comments:

Post a Comment